Sabtu, 12 Mei 2012

Awak Suka Saya Tak?



Awak suka saya tak??
ape TAK??
  it`s okew..sebab saya just suka Hilman Yong & Intan Zulaika jew..

taaadaa


akhirnya tercapai gak nak baca novel nie walaupun pinjam jew..memang sangat best ayat-ayat dye simple dan mudah faham..part aku paling suka time Hilman luahkan ape itu CINTA..

''cinta bagi saya..saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada ALLAH. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya.Cinta saya ialah menbelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya manu menjadi pedengar setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan lelaki lain. Hatinya hanya untuk saya bukan untuk orang lain'' 
sinopsis
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha



*awak suka saya tak mohd azian??
  tak..
  tapi saya sayang dan mencintai awak syahirah


2 sedang mengumpat:

ain arif berkata...

seyesly novel ni mmg best sbb member Miss A yg bgtau. hihi. Miss A pn teringin nk bc novel tuu tp xbkesempatan lg..huk3.

Cik Syiera berkata...

mmg best..
nti bca erk..