Selasa, 17 Jun 2014

Koleksi Accessories Sempena Syawal


dan Salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar lagi beberapa hari jew nak datangnya bulan RAMADHAN. Masa tue jugak la kelam kabut nak atur juadah berbuka dan juadah sahur. Hari-hari mesti nak juadah yang berlainan, yela nak hantar kat umah sebelah takkan hari-hari hantar yang sama kan. TAPI biarlah bersederhana sebab orang yang riak/tamak selalu rugi. INGAT!!!!!


Berakhirnya RAMADHAN pasti datangnya SYAWAL. Dari kanak-kanak sampai la dewasa bagi masyarakat Islam diseluruh dunia pastinya tertunggu-tunggu sambutan hari raya. Masa tue juga la nak tukar langsir baru, perabut baru, baju baru, kasut baru dan tidak ketinggalan accessories baru.




Menyentuh mengenai accessories, rasanya tidak lengkap kalau tak pakai kan. Aksesori atau hiasan adalah sesuatu barangan yang berfungsi untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Aksesori bukanlah sekadar barang kemas erti kata lain seperti rantai, gelang, cincin atau anting-anting tetapi kacamata, tali pinggang, skaf dan aksesori rambut juga dikategorikan sebagai aksesori atau barang hiasan.

Setiap pilihan baju yang ingin digayakan pasti ingin disertakan bersama aksesori yang bersesuaian. Tak kira mengikut warna baju ataupun tidak. Tapi sebagai seorang wanita, penampilan di hari raya perlulah kelihatan sweet, klasik mahupun elegance. Bayangkan korang pakai baju cantik, kasut dan handbag baru tapi tiada aksesori yang menghiasi diri anda. Tidakkah terasa diri anda kosong??? Ibarat sebiji kek tanpa hiasan, walaupun nampak sedap tapi tiada hiasan kita pun rasa nak tak nak jew nak makan kan.

Berikut merupakan beberapa koleksi yang boleh dipadankan mahupun disesuaikan mengikut gaya terkini yang lebih simple dan trendy.

#SWEET

Bagi yang ingin sedikit sweet atau girly, pemakaian yang berona pastel haruslah berpadanan dengan koleksi aksesori yang cute serta ceria. Pemilihan handbag serta kasut haruslah berpadanan.

#DRAMA

Bagi yang inginkan sedikit elemen drama atau ingin kelihatan lebih daring. Berikut adalah contoh beberapa aksesori yang boleh digayakan. Bagi yang 'berani' untuk berfesyen, aksesori tersebut sangat bersesuaian. Pemilihan warna yang terang untuk penampilan yang lebih menyerlah.


#KLASIK

Bagi yang inginkan kelihatan klasik ataupun simple, berikut adalah pilihan terbaik bagi wanita-wanita yang ingin kelihatan serba ringkas serta tidak terlalu sarat. Sesuai digaya dengan pemilihan baju yang berwarna terang mahupun cerah.


Mesti anda tertanya-tanya dimana nak cari aksesori yang cantik-cantik, berpatutan, banyak pilihan warna dan reka bentuk. Kan???? Jangan risau di ZALORA korang hanya pilih dan bayar tanpa susah-susah korang nak pegi shopping complex then nak cari parking then nak kena bayar parking semua tue
dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus kerumah anda.ZALORA memahami kehendak anda dan hanya menyediakan yang terbaik untuk anda gayakan sempena Syawal ini.


Cepat sebelum terlambat, tambahan pula sekarang ZALORA tengah wat diskaun besar-besaran untuk aksesori iaitu sebanyak 80% sekali  lagi aku ulang 80%. Sape yang taknak kan. Raya pon bakal menjelang, lebih baik korang beli sekarang sebelum terlambat. INGAT !!!!!!!



0 sedang mengumpat: