Selasa, 17 Jun 2014

Koleksi Accessories Sempena Syawal


dan Salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar lagi beberapa hari jew nak datangnya bulan RAMADHAN. Masa tue jugak la kelam kabut nak atur juadah berbuka dan juadah sahur. Hari-hari mesti nak juadah yang berlainan, yela nak hantar kat umah sebelah takkan hari-hari hantar yang sama kan. TAPI biarlah bersederhana sebab orang yang riak/tamak selalu rugi. INGAT!!!!!


Berakhirnya RAMADHAN pasti datangnya SYAWAL. Dari kanak-kanak sampai la dewasa bagi masyarakat Islam diseluruh dunia pastinya tertunggu-tunggu sambutan hari raya. Masa tue juga la nak tukar langsir baru, perabut baru, baju baru, kasut baru dan tidak ketinggalan accessories baru.




Menyentuh mengenai accessories, rasanya tidak lengkap kalau tak pakai kan. Aksesori atau hiasan adalah sesuatu barangan yang berfungsi untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Aksesori bukanlah sekadar barang kemas erti kata lain seperti rantai, gelang, cincin atau anting-anting tetapi kacamata, tali pinggang, skaf dan aksesori rambut juga dikategorikan sebagai aksesori atau barang hiasan.

Setiap pilihan baju yang ingin digayakan pasti ingin disertakan bersama aksesori yang bersesuaian. Tak kira mengikut warna baju ataupun tidak. Tapi sebagai seorang wanita, penampilan di hari raya perlulah kelihatan sweet, klasik mahupun elegance. Bayangkan korang pakai baju cantik, kasut dan handbag baru tapi tiada aksesori yang menghiasi diri anda. Tidakkah terasa diri anda kosong??? Ibarat sebiji kek tanpa hiasan, walaupun nampak sedap tapi tiada hiasan kita pun rasa nak tak nak jew nak makan kan.

Berikut merupakan beberapa koleksi yang boleh dipadankan mahupun disesuaikan mengikut gaya terkini yang lebih simple dan trendy.

#SWEET

Bagi yang ingin sedikit sweet atau girly, pemakaian yang berona pastel haruslah berpadanan dengan koleksi aksesori yang cute serta ceria. Pemilihan handbag serta kasut haruslah berpadanan.

#DRAMA

Bagi yang inginkan sedikit elemen drama atau ingin kelihatan lebih daring. Berikut adalah contoh beberapa aksesori yang boleh digayakan. Bagi yang 'berani' untuk berfesyen, aksesori tersebut sangat bersesuaian. Pemilihan warna yang terang untuk penampilan yang lebih menyerlah.


#KLASIK

Bagi yang inginkan kelihatan klasik ataupun simple, berikut adalah pilihan terbaik bagi wanita-wanita yang ingin kelihatan serba ringkas serta tidak terlalu sarat. Sesuai digaya dengan pemilihan baju yang berwarna terang mahupun cerah.


Mesti anda tertanya-tanya dimana nak cari aksesori yang cantik-cantik, berpatutan, banyak pilihan warna dan reka bentuk. Kan???? Jangan risau di ZALORA korang hanya pilih dan bayar tanpa susah-susah korang nak pegi shopping complex then nak cari parking then nak kena bayar parking semua tue
dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus kerumah anda.ZALORA memahami kehendak anda dan hanya menyediakan yang terbaik untuk anda gayakan sempena Syawal ini.


Cepat sebelum terlambat, tambahan pula sekarang ZALORA tengah wat diskaun besar-besaran untuk aksesori iaitu sebanyak 80% sekali  lagi aku ulang 80%. Sape yang taknak kan. Raya pon bakal menjelang, lebih baik korang beli sekarang sebelum terlambat. INGAT !!!!!!!



Sabtu, 10 Mei 2014

MINI CONTEST HARI GURU 2014: SEBUAH KENANGAN




dan Salam 1 Malaysia


16 MEI 2014 adalah hari yang yang tidak terkecuali untuk kita raikan. Maka kedai-kedai hadiah,butik pakaian,kedai buku pasti akan dipenuhi dengan lautan pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun rendah serta tidak dikecualikan pelajar tadika. Kebanyakkan hadiah yang dibeli semua rm20 atau rm30 keatas sebab malu kalau beli hadiah yang murah-murah. Betul tak??

Banyak perbezaan sambutan HARI GURU yang dulu dan sekarang. Masa sekolah sekolah rendah aku *maaf penggunaan aku bukan dari kalangan pelajar yang berada mahupun senang. Ayah aku hanya pekerja rendah am,mak aku seorang surirumah dan aku mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang yang masih sekolah. Setiap kali hari guru kakak-kakak aku la yang akan beli hadiah untuk aku. Dan hadiah tersebut adalah dua batang PEN,pen biru dan pen merah. Kakak aku selalu kata banyak kebaikan kalau kita kasi pen sebab tiap-tiap hari cikgu akan guna so cikgu akan selalu ingat kita. Setiap kali aku tengok cikgu tue guna pen biru atau merah mesti aku tersenyum sebab cikgu tu guna pen yang aku kasi. *padahal ramai lagi yang kasi pen yg sama. Bila meningkat ke alam sekolah menengah baru la pandai memilih hadiah ape yg sesuai,berpatutan,cantik dan menarik.

4KA1/5KA1

KENANGAN pahit manis yang tak dapat aku lupakan bersama GURU adalah guru sejarah aku. Masa tue aku sekolah teknik dalam tingkatan 5. Bayangkan setiap kali kelas sejarah kami kena naik ke tingkat atas masa tue kelas aku tingkat 1 dan bilik sejarah tingkat 2. Kami kena sampai ke bilik sejarah sebelum cikgu sejarah kami sampai kalau tak yang lambat belajar kat luar kelas. Setiap kali kelas sejarah kalau dia dapat tangkap sape yang tido atau pun menguap confirm berdiri atas kerusi. Dan aku juga pernah kena denda.

TETAPI kenangan yang kami satu kelas tak dapat lupakan dimana kami satu kelas kena denda ketuk ketampi 100 kali gara-gara masuk lambat disebabkan kelas sejarah lepas subjek matematik kebetulan cikgu math wat revision plak kan. Bayangkan kami ketuk ketampi 100 kali tanpa skip 1 nombor pon. Esoknya semua jalan macam penguin. Tambah-tambah solat masa nak sujud semua kena stunt man sebab sakit sangat nak bengkok kan kaki. Bayangkanlah!!!!hehehehe

Setiap kali ujian boleh dikira sape yang lulus sebab ramai TAK LULUS termasuk aku sebab cikgu sejarah aku memang betul ikut format SPM dan tiada markah kesian. Setiap kali kami bandingkan jawapan kami dengan budak kelas lain lebih kurang tapi jawapan kami SALAH dan jawapan mereka BETUL. Bila kami pergi jumpa cikgu sejarah kami dan tunjuk jawapan budak kelas lain cikgu sejarah kami akan jawab "bila dapat keputusan SPM nanti cek subjek sejarah dulu yew".

YA!!!kami cek subjek sejarah dulu masa keputusan SPM diumumkan masa tahun 2010. Alhamdullilah dari berkat usaha dan dorongan cikgu sejarah, satu kelas kami dapat A dan B subjek sejarah. Setiap kejayan yang kita perolehi bukan hanya doa restu tapi juga usaha. 

TERIMA KASIH CIKGU HASBULLAH.





Rabu, 22 Januari 2014

WW #7


dan Salam 1 Malaysia.



Tajuk : Suara Tengah Malam
Penulis : Maria Kajiwa
Harga : RM19.90

Sinopsis 

Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?

Tajuk : Kata Tak Rindu
Penulis : Siti Nur Dhuha
Harga : RM27.90

Sinopsis

Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN



*sangat-sangat best rugi kalau xbeli.. :)

Isnin, 20 Januari 2014

Online Shop : Mistine (Mizs Wann Shopz)


dan Salam 1 Malaysia.

Sebenarnya dah lama syira dok usha-usha page nie Mistine (Mizs Wann Shopz). Nak tahu sebab ape?? Sebab barang-barang yang kak wan (owner) jual semua berpatutan dan sangat berbaloi. kebanyakkan kak wan nie jual barang MISTINE, kalau korang nak tahu barang MISTINE sangat best terutama lotion. Bila pakai rasa macam diawang-awangan sangat sebab wangi.

 Antara produk MISTINE yang paling laris EGG WHITE MASK untuk menghilangkan bintik-bintik hitam kat muka. Kalau korang tengak gambar kat bawah nie korang agak berapa harga EGG WHITE MASK tue? RM30!! RM35!! RM25!!! tapi HANYA RM20 syira ulang sekali lagi RM20 SAHAJA termasuk postage. Terkejut kan??? Dan yang paling best dapat free gift u all.



*EGG WHITE MASK

*FREE GIFT

*SAMPLE LOTION MISTINE