Khamis, 22 Ogos 2013

Memori Pendidikan Seni sekolah rendah



dan Salam 1 Malaysia.

Korang masih ingat masa subjek seni sekolah rendah korang?? Mestila ada kan mungkin ada antara korang masih simpan lukisan korang masa sekolah rendah kan??? 

Yang aku ingat masa aku sekolah rendah,cikgu dah siapkan kertas lukisan ada yang A4 ada yang A3. Then lukis gambar besar-besar, tak kisah nak lukis apew pon tapi yang familiar gambar bunga la kan, laki ke pompuan confirm pilih gambar bunga. Kemudian koyak kertas warna  (kertas nie macam kertas minyak tapi warna warni) nie kecik-kecik pastu tampal kat kelopak-kelopak bunga sampai habis. Time tue tak payah cakap la kertas lukisan habis comot kena gam.


Paling best bila buat lukisan guna straw dengan water colour. Titik water air atas lukisan then suka hati nak hembus warna air naik keatas ke,ke bawah ke, ke tepi ke,ke kanan ke mahupun ke kawan. Oopppsss, jangan ke kawan plak yew. 


Part yang paling aku ingat sekali time cikgu suruh bawak kentang, bendi, daun buluh, kelopak bunga dan macam-macam lagi. Time tue aku terus terfikir "cikgu nak masak ape guna kentang dengan bendi". Sampai kelas cikgu suruh ukir ape-ape jew atas kentang tue. Tambah-tambah aku nie bukan jenis berseni so aku pakai bedal jew ukir atas kentang tue. Kemudian celup bahagian yang kita ukir tue dalam water colour dan cop atas lukisan. Time tue syok tak sangga la, padahal habis comot kertas lukisan. heheheheh



Yang nie pula bila cikgu suruh guna duit syiling buat lukisan. Guna 20sen,10 sen,5sen,50 sen. Tapi aku bukan saja buat atas duit syiling, kat jalan tar pun aku buat,dekat tingkap kelas pon aku bedal. Dulu kan tingkap jenis sebelah licin sebelah bergerigi sikit. So ada jugak la corak tercipta disitu.
Best kan perjalanan kita sebagai murid sekolah rendah. Masa tue la baru nak berjinak-jinak dengan dunia luar. Habis jew kelas, aku masih sambung buat kat rumah. Dulu mana nak ada internet, handphone, laptop, tablet bagai. Zaman dah berubah, teknologi mendahului dari zaman dahulu.






1 sedang mengumpat:

Unknown berkata...

yg duit syiling tu best :)