Ahad, 23 Disember 2012

Tutorial : Ambil Link Says Cara Baru


Selama nie aku dok guna churp2 atau nuffnang jew sampai aku buat akaun says pon dah lupa. Tetiba jew malam nie nak tergerak hati nak tengok akaun says, terkejut juga la sebab banyak juga dwit yang aku kumpul. Tapi bila aku nak cari link iklan terus jadi "blur". Punya aku godek-godek akhirnya berjaya juga.
Meh aku nak ajar korang, yang tak tahu tengok sini, yang dah tahu tekan sini.

Daftar Says : SINI

1. SIGN IN dahulu.

2. Tekan SPECIALS.

3. Buka iklan yang bertulis, contoh : RM10 for you share this. Dan korang tekan button share.

*syira prefer korang tekan button share melalui facebook*

4. Bila tekan share on your facebook akan keluar macam kat bawah ni, Pilih ja message yang korang nak and tekan share.


5. Kemudian akan keluar macam kat bawah nie.


6. Ambil link yang telah syira tunjukkan di bawah.


7. Selepas korang copy link tersebut, korang boleh cancel atau share link.

8. Last skali ikut suka korang nak paste kat mana-mana jew.

9. SELESAI.

*Kalau ada yang tak faham korang tinggal kan komen kat bawah*

SELAMAT MENCUBA.











Sabtu, 22 Disember 2012

Jalan-Jalan Di Giant


Salam 1 MALAYSIA juga.

Sebenarnya dah lama aku nak publish entry nie tapi asyik tak sempat jew, las-las simpan kat draft jew. Cuma hari nie semangat nak tulis sikit. Bermula cerita......

10/12/12
Time tue hari pendaftaran selepas LI (latihan indusri). Aku ingat pas habis daftar nak terus balik umah tapi las-las hari khamis baru dapat balik umah tue pon kalut sebab hari tue juga akak aku nak balik. Nak tak nak aku balik naik bas ikut Butterworth, cepat sikit sampai.

So dah alang-alang first day sampai umah sewa, aku,eyda dan aini cadang nak kuar horrey-horrey kat Giant lagipon dok umah sewa bukan leh wat apew pon. Dah kitaorang pon xde transport terpaksa la telefon teksi datang ambik. #dari sem 1 lagi aku dok simpan no teksi senang kalau ape-ape hal#  

Sampai jew Giant kitaorang terus serbu cool blog, bajet macam dah lama tak minum pada hal kat Jitra pon ada tapi sajew-sajew wat excited lebih.hehehehe..


Time nie berhenti minum kat foodcourt gara nak bagi minum sampai habis sebab time tue kitaorang nak g karok tapi tak boleh masuk dengan alasan DILARANG MASUK MINUMAN & MAKANAN. Eleh diaorang dengki la tue sebab tak dapat beli coolblog.

Habis jew karok terus kita orang masuk giant beli barang, bajet tolak troli yela nak beli barang banyak la kata kan. Eyda plak nak beli almari yang jenis kain sambil tue kita orang survey juga harga murah dan elok. Sambil shoppig sempat juga la kitaorang snap-snap gambar. Biasa la masing-masing muka gila camera.





Dulu berempat sekarang bertiga. Ape-ape pon doakan persahabatan kami kekal selamanya walaupun dah habis belajar.

Khamis, 20 Disember 2012

Hinakah Aku Gemuk !!!!!!


Dan Salam Jumaat.

Mungkin kisah nie dah lama berlalu tapi kesan nya sungguh mendalam untuk aku.
Hinakah Aku Gemuk!!!!

6 DISEMBER 2012
Hari tue merupakan aku hari terakhir aku menjalani latihan industri di Pejabat Tanah Kubang Pasu. So hari tue aku tak banyak keja sangat nak buat, sambil-sambil tue aku buat report yang aku perlu hantar masa nak balik poli. Agak-agak boring aku pergi la tengok-tengok Tikah buat keja sambil borak-borak. Masa aku duduk kat meja Kak Ina dan Tikah ket meja dye ambik barang. Kebetulan ada Si A kat situ halang Tikah nak lalu.

Tikah : Tepi sikit A, nak lalu.
Si A : Lalu je la, muat aih.
Tikah : Mana muat, sekarang dah makin berisi.
Si A : Ish, tak la kurus la macam tue, macam Syira baru gemuk.

Aku terus tercengang.

Tikah : Apa kata macam tue. Tak baik la.
Si A : Betul la kan Syira. Kalau Tikah nie kurus, kalau macam ang baru gemuk.

Aku hanya mengiyakan ajew kata-kata dye walaupun air mana dah bertakung. Terus aku ke toilet sebab air mata aku tak tahan nak mengalir. Aku mengaku aku nie GEMUK. Tapi tak perlu la nak jadikan aku bahan contoh atau jenaka.

*Semua manusia tak sempurna, so sebelum nak hina atau kata kat sesiapa lihat diri sendiri dulu. Sebab belum tentu kita nie dah sempurna. THANX ATAS KATA-KATA ANDA.

Jumaat, 7 Disember 2012

Tamat Praktikal di PTKP


dan Salam 1Malaysia.

Firstly aku nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab PTKP terima praktikal kat situ. Mula-mula pegi daftar kat situ memang malu kot. Sampai aku taktau nak cakap apew. Dah la aku kena kat unit Teknikal, semua laki cuma aku dan kak Ina jew pompuan. Tapi aku tak kisah semua tue, aku kena teruskan juga LI kat situ.

Dua minggu pertama aku LI kat situ, nama aku dah buruk tapi alhamdullilah penyelia aku backup. Sebab ape?? Hurmm,lupakan je la. Now aku nak ucap sekali lagi TERIMA KASIH kat Cik Din sebab bawak aku pegi makan kat Kuala Kedah.

Aku, Kak Ina, Kak Fiza dan Tikah satu keta, Cik Din satu family, SO (surveyor officer) yang join cuma Daud dan Abg Kirin. Memang makan giler-giler la sampai perut buncit kedepan la. Punya la lapar sampai dah habis makan baru la  teringat nak snap gambar. Tue pun dapat satu gambar jew. Tapi takpe kenangan tetap dalam ingatan. 

Sebelum nak balik Cik Din bagi ucapan dan bagi cenderahati, lepas tue dye orang kenakan aku suruh aku bagi ucapan, punya la gabra sampai tak tau nak ucap apew. Dan time tue juga la dye orang dok bahan-bahan aku, tapi aku tak kisah asalkan malam tue happy-happy. Lepas jew habis makan, dye orang belanja kareokea dekat dengan Jakel. 12 malam baru la dye orang antar aku balik.


Thanx Cik Din.

Thanx Abang Wadi (SO).

Akan rindu dye orang semua. :)

Ahad, 2 Disember 2012

Blog saya sudah bertukar baju


Waahhhh!!! excited giler nak update blog tiap2 ari.hehehe. Bukan apew blog Cik Syiera dan bertukar baju. Dulu pakai baju yang murah-murah jew. Sekarang baru nampak exclusive skit kan. Sebelum nie memang tengah cari mana-mana blog buat tempahan edit blog. Ada yang RM5, RM10, RM15 dan macam-macam la. Harga yang dye orang tawarkan pon agak berpatutan.

Sedang asyik dok blogwalking Syiera ada usha-usha kat blog sini Cik Rose Cute. Banyak blog yang dia dah edit. Cantik-cantik plak tue, harga pon berpatutan hanya RM10 jew. Kebetulan poket tengah FULL, so Syiera pon request nak tema hello kitty. Sebenar nya dah lama teringin nak blog ala-ala hello kitty, try edit sendri tapi tak pandai la plak. Dan akhirnya jadi la macam nie.



Comel tak hello kitty kitew. hehehehe.

"saya suka..saya suka"..mei mei (upin ipin)