Khamis, 11 September 2014

20 facts about me versi blog


dan Salam 1 Malaysia.


Pada mulanya #20factsaboutme nie versi instagram tapi aku saja-saja nak buat versi blog pulak. Kalau kat instagram aku malas nak taip panjang-panjang sebab confirm banyak typo..hehehehe

#20factsaboutme

1.anak kelahiran negeri KEDAH DARUL AMAN.

2. merupakan pelajar dip.ukur tanah dan baru lepas konvo.

3.kalau mula kenal nampak sombong,bila dah kenal keluaq habis loqhat kedah.

4.pendengar yang setia.

5.suka baca novel dan pengumpul novel.

6.suka tengok movie seram dan baca kisah seram yang benar berlaku. (padahal penakut piang)

7.suka tangkap gambar tapi xsuka tangkap gambar sorang2, lebih suka tangkap gambar berdua or lebih.

8.suka dengar lagu tapi kalau aku minat ssesuatu lagu aku akan ulang 4 5 kali sehari.

9.sukan makan makanan berasaskan coklat tapi aku tak suka coklat bar.

10.suka menangis sebab mudah tersentuh.

11.suka layan running man sebab aku boleh gelak.

12.suka gigit kuku. -habit-

13.aku suka makan kuew teow ladna.

14.aku suka buat dessert.

15.aku suka cipta masakan walaupun kadang2 tak jadi.

16.suka g shopping complex tapi tak suka beli.

17.aku akan senyum bila orang tue senyum kat aku. Sebab pernah terjadi aku senyum kat orang yang aku kenal tp dia boleh wat dek je.

18.family panggil aku "adik",sepupu sepapat panggil aku "che ah" dan "kak cik",schoolmate panggil aku "che ah",classmate poli panggil aku "syiera",mr.A panggil aku "sha". Dan aku suka orang panggil aku "SYIERA".

19.peminat hello kitty.

20.suka beli kasut tapi tak pakai.


-THE END-










Isnin, 8 September 2014

#02092014 Graduate Diploma in Land Survey


dan Salam 1 Malaysia.

Dah seminggu graduate tapi baru hari nie nak post pasal konvo.hehehehe. Sedar tak sedar tiga tahun belajar, rasa macam sekejap jew padahal masa sem satu dulu dok fikir bila la nak sem enam sebab nak cepat-cepat habis. Bila dah habis study baru la dok rasa rindu zaman study,rindu kawan,rindu crush..~ooppss~hehehehe

Aku bersyukur sangat aku berjaya habiskan tiga tahun study tanpa repeat walaupun sem dua pointer aku jatuh mendadak dan aku bangkit semula di sem tiga. Alhamdullilah sem enam pointer aku berjaya capai 3.++..Aku bersyukur dapat kawan-kawan yang satu kepala dan tak lupa sahabat aku, aini dan eyda yang banyak bantu aku segi pelajaran. Dengan lepa aku ketawa,menangis,gosip,kongsi makanan,kongsi nasihat dan kami tak pernah lupa antara satu sama lain. Aku hargai sangat pada kawan aku iaitu aten dan ikah,merekalah pedengar setia aku serta housemate dan classmate yang tak pernah berkongsi ketawa dan senyuman.

Aku selalu ibarat kawan dan sahabat seperti ubat,ada pahit ada manis.AKHIRNYA,kami graduate sama-sama. Kamilah pelajar DIPLOMA UKUR TANAH.










Kami memang budak poli tapi kami tak pernah malu untuk mengaku budak poli sebab kami tahu apa tujuan kami kesana. Dimana pon kita belajar tidak menjamin untuk berkerja berpangkat besar. Jangan ingat budak "u" akan dapat kerja pangkat tinggi dan budak "poli" kuli. Jangan ingat budak "poli" akan dapat kerja pangkat tinggi dan budak "kolej komuniti" kuli. Tapi beringatlah,kadang-kadang budak "kolej komuniti" lah berpangkat tinggi dan budak "poli' dan budak "u" lah kuli. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Jika nak berjaya jangan bodoh sombong.

TERIMA KASIH FAMILY.
TERIMA KASIH SAHABAT.
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.
TERIMA KASIH PENSYARAH.




Ahad, 7 September 2014

Minat membaca dan menonton kisah seram


dan Salam 1 Malaysia.


#throwback 2092014

Firstly,aku nak bagitau yang aku baru sahaja menamatkan pengajian seminggu yang lalu. Actually aku habis study dari bulan 10 tahun lepas lagi tapi baru nak konvo tahun nie. Alhamdullilah aku berjaya genggam segulung diploma. Time konvo tue punyala excited bukan sebab nak konvo tapi nak jumpa rakan-rakan sekelas dan rakan sepoli,yela dah setahun tak jumpa. Perasaan time tue sebak,rindu semua ada la kalau boleh dibuat makanan mungkin dah jadi rojak.hehehehe. -THE END-
 
Berbalik kepada tajuk asal,aku nie merupakan seorang yang suka membaca dan suka menonton filem tapi aku suka tengok filem kat panggung wayang jew kalau tengok kat umah rasa tak best sangat walaupun aku terpaksa habis duit hanya sekeping tiket. Kalau bab membaca memang aku suka,alhamdullilah aku diberi ingatan yang kuat untuk menghafal. Kalau melibatkan hal study aku memang cepat je menghafal,cuba kalau aku baca novel esok tue orang tanya jalan cerita confirm 90% aku lupa.hehehehe

Hobi aku memang suka membaca dan menonton filem/cerita/drama tapi aku lebih suka bergenre SERAM. Dulu aku memang suka tengok movie seram,kan astro Citra 131 malam sabtu ada slot cerita seram so aku akan layan sorang-sorang kat ruang tamu rumah aku. Boleh dikatakan setiap malam kalau ada cerita seram mesti aku layan tapi cerita melayu seram aku tak berapa layan sangat sebab kita pon baca jalan cerita dan filem negara kita tak berapa seram sangat pon. Tapi korang jangan fikir aku nie berani padahal aku la orang yang paling penakut tapi bukan `paling' sangat la sebab aku simpan juga sedikit keberanian dalam diri aku nie. Tak kisah aku baca tau tengok movie,mata tue tak payah nak cakap la sebab aku akan scan setiap pelusuk.

Sebenarnya aku nie seorang lemah semangat jugak tapi takdelah lemah sangat. So aku pernah la merasai dan mengalami perkara-perkara seram nie. Kena tindih,pernah dengar dan pernah nampak cuma aku tak pernah nampak depan-depan tapi ia bukanlah hantu,aku tak tahu nak terang macam mana tapi seboleh-bolehnya aku tak nak la nampak benda-benda macam tue. Mohon dijauhkan la. Next entry aku akan ceritakan pengalaman aku pernah kena tindih dan pernah dengar.

So pada sesapa yang pernah mengalami/merasai perkara-perkara misteri boleh emailkan kepada aku iaitu syira_sya02@yahoo.com . Aku akan post cerita korang kat blog aku. Tapi aku taknak cerita yang korang copy paste. Terima Kasih.