Ahad, 12 Mei 2013

Berakhirnya Sem 5


dan Salam 1 Malaysia.

2 Mei jam 4.30 petang, dengan senang hati aku bersama budak kelas DUT 5A bersorak dengan LANTANG tapi dalam hati jew la. Malu aih nak sorak kuat-kuat,jatuh martabat aku dan housemate aku sebagai perempuan melayu terakhir.hehehehehehe. So berakhir sudah final exam kami pada hari tue. Bermakna aku dengan classmate ada 1 sem jew lagi untuk GRADUATE. Doakan kami sama-sama berjaya yew.

WAITTTT!!!!! Aku habis exam 2 Mei dan hari nie 12 Mei. hehehehehe. Aku faham korang nak kate apew, biasa la hari nie mood nak cerita baru datang. HUDUH sungguh perangai Cik Syiera nie kan. Tapi yang pasti cerita nie takkan lapuk sampai bila-bila. Sebenarnya,kami 1 kelas dah rancang nak pegi jalan-jalan pas habis exam. Disebabkan exam kami habis lambat maka kami ambil keputusan untuk gerak pas magrib jew. 

PULAU PINANG la destinasi kami. Aku, Aini, Ikah dan driver kami Sharul aka Penyu naik keta kancil kepunyaan BF AINI. Yang sedikit lucunya kami semua tak tahu macam mana nak ON radio, call bf aini tanya macam mana nak ON radio,still tak boleh jugak las-las suara kami berempat la yang menggantikan radio, tue pon dah macam 10 orang dalam keta tue sebab riuh giler.

So berbalik pada cerita asal, kami pon singgah makan dulu kat PUNCAK MUTIARA, walaupon harga makanan mahal sedikit tapi tetap puas hati sebab tempat cantik dan selesa serta makanan pon cepat jew sampai. 



*PUNCAK MUTIARA



*muka agak kelaparan

Selesai makan terus gerak ke SUNWAY. Agak-agak korang kita orang nak pegi wat apew plak. Of coz la BUKAN shopping, time tue pon dah pukul 10.20 malam, kedai sume sudah tutup maaa. So kami pegi tengak wayang, nasib baik la budak laki dah pegi beli awal-awal tiket wayang. Sebelum harinya kami decide nak tengok cite HANTU.

*tiket wayang


Not bad la cite nie, banyak adegan terkejut dan darah yang membuak-buak, naik loya tekak aku. YUCKK!!!. Tapi part ending best, dimana mereka diperdayakan oleh syaitan. Nak tahu macam mana,korang kena tonton la sendiri.heheheheh.


*gadis idaman & jejaka idaman


*selesai sudah tengok wayang

Pas habis tengok wayang kami pon decide nak pegi lepak tepi-tepi pantai kat Bagan Ajam. Masing-masing dengan muka tak mengantuk,macam-macam cite keluar dari zaman kanak-kanak hingga la zaman sekarang. Best sangat. Agak sedih bila ingatkan kami ada satu sem jew lagi nak gaduh-gaduk,kutuk-kutuk dan ketawa. Lepas nie semua tue hanya mampu dalam facebook dan telefon je la.
Besat taw zaman belajar,macam-macam kenangan,suka duka yang kita tempuhi walaupon pahit sebab lepas belajar sume tue akan jadi manis. PERCAYALAH!!!



Sabtu, 11 Mei 2013

Produk Kecantikan : Dyranin Bunga Pretty


dan Salam 1 Malaysia.



*klik banner untuk facebook Dyranin Bunga Pretty

Nak cantik tapi MAHAL????
Jangan risau syiera ada jalan penyelesaiannya. *ecece macam iklan kat tv plak..hehehehe.


3 masalah kulit muka syiera :
 muka berminyak bila bangun tido.
kulit muka kering.
parut jerawat kat bahagian pipi kiri.

Beberapa bulan yang lalu, tengah best dok online kat fb syiera nampak la satu pic dimana kawan syiera  LIKE. Mula-mula tak ambik kisah pon tapi entah macam mana terasa tertarik plak nak baca. 

*klik pada gambar untuk lebih jelas.

Dan syiera terus cari fb owner Bunga Pretty. Banyak feedback yang kata berpuas hati dengan penggunaan produk tue. Memang la kita dah selalu dengar kat laman sosial terutama Facebook dan Blog pasal kolagen nie. Tapi kolagen tue belum dimasak dan kita perlu masak sendiri, dan ada sesetengah tue dah dimasak tapi perlu dibancuh dalam minuman kan. 

Yang bestnya owner Bunga Pretty nie jual bukan sahaja untuk minuman tapi ada Mask, Moisturizer, Jelly eat & Drink, Breast Masker, etc. Sebagai permulaan syiera try guna mask dulu (cadangan dari Kak Nin sendiri), masa pakai mask kulit muka rasa tegang jew, selepas 25minit syiera terus pegi cuci muka. NAK TAHU APE YANG JADI!!!!!!! Kulit muka syiera rasa lembut dan licin jew. Setelah seminggu syiera guna, alhamdullilah kulit muka syiera dah kurang berminyak dan parut jerawat semakin pudar. Sampai housemate syiera pon join skali pakai mask tue. 



Sekarang Owner Bunga Pretty tengah buat sale bagi produk Dyranin Bunga Pretty Spray harga asal RM35.00 dan dapat diskaun sebanyak 15%-13%  sehingga 20 Mei 2013. JANGAN LEPASKAN PELUANG.

Kelebihan Produk Dyranin Bunga Pretty Spray 
student yg rasa mgantuk.
nak tajamkan ingatan.
pekerja pejabat hilangkan mengantuk dan hilangkan moody.
surirumah tangga nak cantik budget rendah.
isteri yang nak wangi ketika "bersama" suami ( blh spray tmpt fav beliau).
siapa yang travel nak elak sunburn dan ruam panas.
lelaki yang ingin kulit licin budget rendah.
peermpuan mengandung daapt tingkatkan mood menyerikan wajah.
kanak2 susah bangun pagi.
remaja gadis2 yg simple boleh spray bila2 perlu dapat kekalkan make up & seri kan kulit.

Kalau korang teringin nak cuba korang boleh inbox syiera SINI

atau

Owner Dyranin Bunga Pretty.








Jumaat, 10 Mei 2013

"SUDOKU" : Permainan Mencabar Minda


dan Salam 1 Malaysia.

Sudoku biasa memiliki beberapa bentuk, antara lain sudoku gambar, angka, dan huruf. Yang paling popular diantaranya adalah sudoku angka. Walaupun sudoku dapat berbentuk angka, sudoku tidak berhubungan dengan operasi matematik. Logiklah yang menentukan dimana angka harus diletakkan dan disinilah letak keasyikannya. Setiap kali kita dapat menyelesaikannya, kita pasti ingin bermain terus-menerus. Selain memiliki beberapa bentuk, sudoku juga memiliki pelbagai jenis berdasarkan banyaknya kotak sudoku,mula dari yang paling mudah iaitu sudoku 2x2, sudoku 4x4, sudoku 6x6 hingga sudoku 9x9. Tetapi sebelumnya, kita harus mengetahui istilah dan peraturan yang kita gunakan dalam sudoku.




Peraturan Sudoku 


 Mengisi kotak dengan angka 1 - 9


 Dalam kotak yang berada di baris dan kolom yangsama, angka hanya boleh ditulis sekali.



 Dalam kotak-kotak yang berada di baris yang samasalah satu angka hanya boleh ditulis sekali saja.

                                      


p/s : bagi yang baru nak berjinak-jinak nak main sudoku nie, lebih baik korang main sudoku 2x2 atau sudoku 2x3.

SEMOGA BERJAYA



Isnin, 6 Mei 2013

Wayang : 2 Kalimah


dan Salam 1 Malaysia.

Untuk orang yang kaki Wayang mungkin dah lama tengok cerita nie kan. Tapi bagi aku yang malas nak layan cite-cite wayang mungkin agak ketinggalan la kan. Dalam banyak-banyak movie yang aku tonton 2 KALIMAH lah yang sedikit sebanyak yang berjaya memberi aku sedikit keinsafan dan kesedaran. Dan 2 KALIMAH ini juga banyak memberi mesej yang berguna serta tidak kelaut. ~lalalalalla~
So sape-sape yang belum tonton meh la tengok kat sini. :)

SINOPSIS :


2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua. Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun mereka semakin terpesong akidahnya.


Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.


Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.


Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?


MOVIE