Jumaat, 30 Ogos 2013

Terima Kasih MALAYSIA !!!!!!


dan Salam 1 Malaysia.


Selamat Hari Merdeka

Khamis, 22 Ogos 2013

Memori Pendidikan Seni sekolah rendah



dan Salam 1 Malaysia.

Korang masih ingat masa subjek seni sekolah rendah korang?? Mestila ada kan mungkin ada antara korang masih simpan lukisan korang masa sekolah rendah kan??? 

Yang aku ingat masa aku sekolah rendah,cikgu dah siapkan kertas lukisan ada yang A4 ada yang A3. Then lukis gambar besar-besar, tak kisah nak lukis apew pon tapi yang familiar gambar bunga la kan, laki ke pompuan confirm pilih gambar bunga. Kemudian koyak kertas warna  (kertas nie macam kertas minyak tapi warna warni) nie kecik-kecik pastu tampal kat kelopak-kelopak bunga sampai habis. Time tue tak payah cakap la kertas lukisan habis comot kena gam.


Paling best bila buat lukisan guna straw dengan water colour. Titik water air atas lukisan then suka hati nak hembus warna air naik keatas ke,ke bawah ke, ke tepi ke,ke kanan ke mahupun ke kawan. Oopppsss, jangan ke kawan plak yew. 


Part yang paling aku ingat sekali time cikgu suruh bawak kentang, bendi, daun buluh, kelopak bunga dan macam-macam lagi. Time tue aku terus terfikir "cikgu nak masak ape guna kentang dengan bendi". Sampai kelas cikgu suruh ukir ape-ape jew atas kentang tue. Tambah-tambah aku nie bukan jenis berseni so aku pakai bedal jew ukir atas kentang tue. Kemudian celup bahagian yang kita ukir tue dalam water colour dan cop atas lukisan. Time tue syok tak sangga la, padahal habis comot kertas lukisan. heheheheh



Yang nie pula bila cikgu suruh guna duit syiling buat lukisan. Guna 20sen,10 sen,5sen,50 sen. Tapi aku bukan saja buat atas duit syiling, kat jalan tar pun aku buat,dekat tingkap kelas pon aku bedal. Dulu kan tingkap jenis sebelah licin sebelah bergerigi sikit. So ada jugak la corak tercipta disitu.
Best kan perjalanan kita sebagai murid sekolah rendah. Masa tue la baru nak berjinak-jinak dengan dunia luar. Habis jew kelas, aku masih sambung buat kat rumah. Dulu mana nak ada internet, handphone, laptop, tablet bagai. Zaman dah berubah, teknologi mendahului dari zaman dahulu.






Sabtu, 17 Ogos 2013

Cerita Hari Raya


dan Salam 1 Malaysia


Firstly, SELAMAT HARI RAYA 

Sebelum aku nak cite pasal hari raya, akau nak kongsi berita gembira dengan korang semua. Setelah 7 tahun berlalu akhirnya aku berjaya bertemu semula dengan sahabat baik aku semasa sek menengah yang telah lama tak jumpa,mesej mahupon telefon. Bulan Ramadhan bukan sahaja kita dapat mengumpul pahala bahkan kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama makhluk ALLAH.

RAYA PERTAMA
Raya kali nie tak semeriah sebelum nie sebab kakak kedua tak balik raya, pastu kakak sulung dan abang aku beraya umah mertua dulu so aku la harapan nusa dan bangsa buat ibu dah ayah aku untuk tolong hidang makanan, buat air dan yang paling utama adalah BASUH PINGGAN. Tapi sebelum nie memang tugas aku yang tue pon sebab tue tiap kali raya aku akan pakai 2 pasang baju. Sepasang baju biasa2 jew sebab nanti nak kena main air, then baru pakai baju raya. Okew kembali kepada cite asal, mula-mula pegi solat sunat aidilfitri, lepas jew habis solat memang tak menang tangan la nak melayan tetamu biasa umah aku sebelah dengan surau, nak tak nak dye orang akan serang umah aku dulu. Dalam pas zohor barulah pegi umah mak tih aku yang dulunya arwah tok aku tinggal situ, dan rumah saudara2 yang lain.

 Juadah hari raya

Mee goreng

raya 2010


RAYA KEDUA
Raya kedua baru la aku terhegeh-hegeh pakai baju baru gara-gara baju tak siap so nasib baik sempat beli. Dua hari sebelum raya aku agak kelam kabut la nak cari baju raya tapi alhamdullilah dapat juga beli baju raya.

Baju raya 2013

Raya kedua aku pegi rumah tok saudara aku,mak saudara a.k.a maksu dan yang paling last kami 1 family pegi open house rumah pak saudara aku a.k.a pak njang. Memang sehari suntuk asyik makan jew boleh kenyang sampai ke malam. Malam tue mandi dan terus tido jew.

Dan yang paling best raya tahun nie sebab dapat beraya dengan budak tecik nie.
Anak saudara ( nur dhia qaisara)










Isnin, 12 Ogos 2013

Kreatif : Hasil Barang Terbuang


dan Salam 1 Malaysia.






Kadang kala hasil kreatif nie diluar jangkaan fikiran kita sebenarnya.


Running Man


dan Salam 1 Malaysia

Honest aku nie memang fans Running man. Tapi aku takde la fans beli barang-barang RM kan. Biasala kadang-kadang TITLE sebagai student nie banyak nak kena duit, tambah-tambah apabila memegang TITLE sebagai student last semester. So setakat layan cite sudah la kan.

Kalau tonton online aku lebih lebih prefer la korang tengak kat KSHOWONLINE

FIRST


 SECOND


THIRD

Atau pon korang tengok kat tv ONEASIA astro chanel 393, bagi yang tak dak astro korang tengok jew kat tv2 pon dah ada.



Sabtu, 10 Ogos 2013

Nilai duit signature Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman 10K ?????


dan Salam 1 Malaysia



Cuba korang cari apa perbezaan duit di atas !!!!!

Duit baru duit lama..

SALAH !!

Jawapannya signature GABENOR.

Kisahnya terjadi pada raya kedua. Time nie aku dapat duit raya dari abang aku,belek punya belek duit yang abang aku kasi signature bukan Zeti Aziz tapi "Aishah". Terfikir juga "Aishah" nie GABENOR baru kew tapi kenapa duit lama. Last-last aku try serch kat internet tapi sume tajuk yang merapu meraban ada kew tulis tajuk "DUIT DARI ALAM BUNIAN" tulis la tajuk yang LOGIK, PADAT & BERNAS.

Untuk pengetahuan korang GABENOR "Aishah" nie merupakan GABENOR ke-6 sebelum Zeti Aziz atau nama sebenar beliau ialah Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000). Kalau korang nak tahu signature tue bukan maksud "Aishah" pon, macam kita punya signature la nama bukan main panjang tapi tak kan sampai nak signature nama penuh kita. YE DAK !!!





Aku pon try la serch kat internet nilai duit tapi aku bukan mata duitan walaupon ada sikit. hahahahaha. Agak terkejut la duit tue sampai mencecah puluhan ribu. WOW!!!!! $$$$$$$ nampak tak kat mata aku duit tengah melayang-layang.

Buat masa nie aku simpan dulu duit tue. Mana taw aku bakal jadi orang kaya. hehehehe. Susah nak dapat dimana keluaran mata wang yang bertandatangan "Aishah" adalah terhad. Lagi lama kita simpan lagi bernilai.


*kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal GABENOR tekan SINI

Ahad, 4 Ogos 2013

Indahnya di bulan Ramadhan


dan Salam 1 Malaysia.

BAJU RAYA OH BAJU RAYA !!!!!

First sekali, aku nak story mory pasal baju raya yang tak siap. Tiap2 tahun pasti benda nie akan terjadi, tapi bukan tiap2 tahun la. Yang aku ingat 2 tahun berturut-turut la kes macam nie jadi kat aku. ALHAMDULLILAH aku ada abang2 dan kakak yang baik hati dan sayangi sebab dye orang kasi duit untuk aku beli baju raya. Dan tak lupa juga MR.A sebab kasi duit untuk aku beli kasut raya. THANKS DEAR.


Raya nie aku tak pakai baju kurung pon. Just pakai yang simple2 jew. Janji aku raya.


Secondly, sepanjang bulan puasa nie, aku rasa hepy sangat terutama bergelarnya seorang student sem akhir. Sebab time nie la kitaorng nak together2 pon nanti dah habis belajar mana ada masa nak hurry-hurry macam sekarang "the best moment in my life". 

Iftar bersama PA tersayang

Iftar bersama housemate

Thirdly, raya tahun nie aku beraya bertiga sahaja iaitu mak and ayah aku jew sebab kakak-kakak dan abang aku beraya di rumah MIL dye orang. Raya first je la,raya kedua dye orang raya rumah aku la. Biasa la dye orang dah ada tanggungjawab so kena la guna sistem bergilir-gilir. Cuma kakak aku yang kedua jew memang tak balik beraya sebab abang ipar aku tak dapat bercuti. Tapi yang best kakak aku no 2 dah kirim duit raya. Untung jadi anak bongsu. hahahahahaha *gelak jahat.


Last but not least aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.



*sape yang menang hadiah dari aku untuk mana-mana contest,aku minta maaf yew sebab terpaksa pos lambat. Jangan risau aku tak mungkir janji.