Khamis, 20 Disember 2012

Hinakah Aku Gemuk !!!!!!


Dan Salam Jumaat.

Mungkin kisah nie dah lama berlalu tapi kesan nya sungguh mendalam untuk aku.
Hinakah Aku Gemuk!!!!

6 DISEMBER 2012
Hari tue merupakan aku hari terakhir aku menjalani latihan industri di Pejabat Tanah Kubang Pasu. So hari tue aku tak banyak keja sangat nak buat, sambil-sambil tue aku buat report yang aku perlu hantar masa nak balik poli. Agak-agak boring aku pergi la tengok-tengok Tikah buat keja sambil borak-borak. Masa aku duduk kat meja Kak Ina dan Tikah ket meja dye ambik barang. Kebetulan ada Si A kat situ halang Tikah nak lalu.

Tikah : Tepi sikit A, nak lalu.
Si A : Lalu je la, muat aih.
Tikah : Mana muat, sekarang dah makin berisi.
Si A : Ish, tak la kurus la macam tue, macam Syira baru gemuk.

Aku terus tercengang.

Tikah : Apa kata macam tue. Tak baik la.
Si A : Betul la kan Syira. Kalau Tikah nie kurus, kalau macam ang baru gemuk.

Aku hanya mengiyakan ajew kata-kata dye walaupun air mana dah bertakung. Terus aku ke toilet sebab air mata aku tak tahan nak mengalir. Aku mengaku aku nie GEMUK. Tapi tak perlu la nak jadikan aku bahan contoh atau jenaka.

*Semua manusia tak sempurna, so sebelum nak hina atau kata kat sesiapa lihat diri sendiri dulu. Sebab belum tentu kita nie dah sempurna. THANX ATAS KATA-KATA ANDA.

6 sedang mengumpat:

Syarifah Nornazrah Al Yahya berkata...

gemuk tak semestinya tak cantik. stp org kan ada kelebihannya tersendiri. skrg mungkin kita gemuk.. tapi tunggu depa sume dh ada anak nanti..nak mantain bukan senang. bersyukurla dengan diri kita..bukan semua org bole jadi gemuk tau..ada yg si kurus bermati2an nak jadi gemuk. keep smiling okay, konfiden tu penting :)

p.s : Naz pn gemuk jgk, tapi tak jadikan ia sbg kekurangan atau buat naz rasa rendah diri :)


jemput singgah blog naz ye. : Oh My HR MANAGER...

Sharifah Syahirah berkata...

assalammualaikum syira..nama kita sama.btw saya nak cakap sikit dengan awak harap membantu.nasihat saya senang je YAKIN pada diri awak..ciptaan allah sempurna,tidak kira awak gemuk atau apa sahaja..dulu saya pun gemuk..tapi sekarang alhamdullilah,saya pernah rasa apa yang awak rasa.its hurt but,you must really confidence with your own self.saya fhm awk yang merasa bukan saya,tapi sebenarnnya orang yang berfikiran macam mereka,dia tak matang sebenarnnnya..mungkin belum diberi hidayah oleh allah..yang penting sekarang adalah awak..awak perlu yakin dengan diri awk 101% jangan ada rasa rendah diri,kalau awak gemuk sihat,tak ada masalah,kadang2 gemuk ni disebabkan genetik..pada saya gemuk itu comel..serius saya tak tipu..biarkan apa orang lain nak kata pada awak,yang penting awak tahu siapa diri awak..nanti sampai satu tahap awak hanya tersenyum bila orang hina awak,bukan lagi menangis,ingat YAKIN pada diri sendiri itu lebih penting..jangan lupa juga dekatkan diri denganNYA,awak akan rasa tenang,in syaa allah..hanya berkongsi pengalaman,maaf kalau awak tersinggung,wallahualam.:)

puteri hanisah berkata...

setiap orang ade kelebihan dan kekurangan sendiri...
berhentilah drpd mengutuk orang...
cermin diri tu dulu yang orang 2 sempurna ke tak....
sabar yer akak

Cik Amal berkata...

setuju komen di atas

saya kurus, berusaha nak gemuk..
persetankan apa yang mereka cakap! ok dear :)

Cik Amal berkata...

setuju komen di atas

saya kurus, berusaha nak gemuk..
persetankan apa yang mereka cakap! ok dear :)

Cik Syiera berkata...

thanx guys..kata2 anda semua buat saya kembali yakin..saya bersyukur saya dikelilingi rakan2 yg fhm dgn keadaan saya..terima kasih sgt2...:')