Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan


Dah dua minggu lebih blog nie tak berupdate. Mesti dah bersawang dan berhabuk dengan debu-debu kotoran degil *nampak sangat lappy yang berhabuk...hehehehe.. Pejam celik pejam celik dekat dua minggu juga aku dah start LI erti kata lain Latihan Industri. Sape-sape yang nak tahu aku LI kat Pejabat Tanah Kubang Pasu nama pun bik ukur tanah tak kan nak LI kat hospital kan.hehehe..

Sebelum syira melalut dengan lebih mendalam syira nak ucapkan slemat hari raya ooopppssss silap selamat berpuasa. Malam nie dah mula terawih jangan lupa tuk penuhkan surau dan masjid malam nie k. And jangan lupa tuk puasa sok k jangan buat-buat lupa yew.hehehehehe..

Antara bulan Islam bulan Ramadhan la yang paling happening sebab suasana dye lain dari bulan-bulan yang lain. Korang mesti rasa apew yang aku rasa kan. Hayati dan beramal mulia lah dibulan yang baik ini. Tapi ingat bukan bulan nie sajew tapi bulan-bulan yang lain juga *ingat tuk diri sendiri juga*. 

pakcik google


Lafaz niat untuk sebulan puasa


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Doa Berbuka Puasa


doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin




Doa Selepas Berbuka Puasa


doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*ada sape-sape nak pos kad raya kat syira..:) 



Khamis, 12 Julai 2012

17 Tentang Si Dia


Sepanjang cinta aku dengan dye memang banyak cubaan dugaan yang kami tempuh walaupun pahit. Tapi alhamdullilah dah setahun rupanya aku mengenali dia. First time aku kenal hanya la abang dan sha (bahasakan untuk diri aku) sebab time tue aku tak tahu umur dye bape. Dia bahasakan diri dye abang so aku pun no hal la. Sampai sekarang Hanya Aku Cinta Kau Seorang.

1.panas baran tapi akhirnya pujuk aku kembali.
2.suka nyanyi bila dye rasa nak nyanyi *sumpah terharu dowh.
3.sukati panggil aku bengong tapi aku pown suka kata dye bengong.hehehe
3.cepat sentap bila aku kata bangang
4.cerewet.
5.suka ketawa bila aku salah cakap BI
6.suka mengajuk cakap aku
7.suka buat lawak
8.romantik
9.caring
10.suka cakap lepas
11.memahami
12.suka marah bila dye tahu aku nangis sebab dye
13.tak tahu pujuk aku
14.suka minum air sirap.*xstandard langsung hahahaha
15.cepat marah bila lambat reply msg.
16.ego
17.suka ketawa bila aku tengah marah las2 tak jadi marah..hehehe

Sebenarnya banyak lagi yang perangai si dye yang buat aku selalu tersenyum,menangis dan ketawa. Bohong la kalau aku tak pernah gaduh. Bagi aku semua orang pernah gaduh bila berpasangan kan? Lumrah semua tue, senang cite kalaw tak nak gaduh bek single. Senang hati beb.

*suka tengok pre-wedding irma dan redza..^_^ 

Khamis, 5 Julai 2012

Suka-suki : 7 Tip menang contest/giveaway




Dalam banyak contest dan giveaway aku join, aku baru menang dua kali. Tapi aku syukur beb sebab aku menang jugak daripada tak menang langsung kan. Now, korang jangan risau aku nak bagi beberapa tip untuk menang contest/giveaway. "Eleh, baru menang dua kali ada hati nak wat tip menang contest/giveaway konon". See ada jew yang tak puas hati kan. Sape rasa-rasa tak puas hati tekan SINI. Okew kita teruskan.

1. buat entry tentang contest/giveaway paling sempoi. Mana tahu ada hadiah untuk entry paling sempoi.

2. buat blog banyak-banyak. Sediakan satu blog peribadi yang len sebagai blog untuk join contest atau giveaway. *naya nak ingat password and emel

3. rajin-rajinkan promote contest/giveaway yang korang join sebab selalu nya ada hadiah untuk orang yang rajin promote. *aku la orang paling malas nak promate sebab tue tak pernah dapat hadiah top referrel

4. join contest/giveaway yang dibuat oleh rakan baik anda untung-untung korang boleh menang kan. Tapi pastikan dye pilih secara cabutan la kalau guna rondom ikowt nasib korang la.

5. join yang banyak hadiah mana tahu korang tersenarai sebagai pemenang.

6. ataupun korang wat contest korang yang join korang yang menang tapi guna la blog lain. *tip no 2* . senang sikit korang nak menangkan lagi satu pilih la sponsor yang HOT sikit baru berbaloi apew yang korang menang. *tak baik menipu*

7. redha dan tawakal. Ada rezeki korang menang takde rezeki nasib la kan.

Maaf takde niat nak perli atau mengata sesiapa. Tip nie sebagai gurauan, yang baik kita ambik yang tak baik kita jadikan sebagai pengajaran. 


Rabu, 4 Julai 2012

Bestfriend Forever


roomate kat STEP

Aku masih ingat dimana pada permulaan perkenalan kami di Sekolah Teknik Pendang (STEP). Kami ditempatkan pada bilik yang sama iaitu B2-10. Malam tue baru jew habis orientasi so time tue la aku berpeluang untuk kenali DIA. Dan perkara yang tak disangka DIA pon dok Jitra gak dan satu kos dengan aku Kejuruteraan Awan. Memang happening la kawan dengan DIA biasalah DIA nie peramah sikit. Dan sejak tue la kami mula rapat walaupun kami berlainan kelas. 

Kadang-kadang aku selalu wat perangai sampai banyak kali la DIA merajuk dengan aku. Aku masih ingat lagi dimana DIA merajuk dengan aku sebab aku mungkir janji nak joging dengan DIA. Aku tak sangka DIA terasa dengan aku sebab time dalam dorm tetiba jew DIA macam tak nak layan aku. Tanya punya tanya baru aku dapat tahu sebab apew DIA merajuk dengan aku. Sorry my BFF. 

Aku tahu DIA baca blog aku. Satu lagi perkara yang tak dapat aku lupakan masa kami form 4. Time tue kami semua ingat nak ubah kedudukan katil dan almari dan tidak disangka berlaku sedikit perbalahan. So aku pon dengan malas nak ambil tahu aku pegi bagitau Myra (ketua dorm). Tapi aku tak sangka Myra sampai naik angin sebab aku ingat Myra nak selesai berbalahan tue. Sampai jew Myra kat dorm dye suruh kembalikan dorm kepada asal kalau tak dye tak nak jadi ketua dorm lagi. Nak tak nak kami pon kembalikan kepada asal. Sorry my ROOMATE.

Tanpa disangka time nak ubah katil tiba-tiba kaki DIA terluka sampai keluar darah and then terus pegi toilet. Aku apew lagi terus cari plaster. Sampai kat toilet aku suruh DIA letak plaster kat tempat luka tapi DIA kata takpe, tanpa disangka aku terus baling plaster depan DIA sebab aku bengang DIA tak nak dengar cakap aku, sampai kami berkejar-kejaran kat koridor bilik. Sorry my BFF.

Alhamdulillah kami ditempatkan poli yang sama, kos yang sama walaupon berbeza semester tapi DIA tetap kawan yang baik bagi aku. Siapakah DIA??


Inilah si DIA. Syuhada binti mansor atau sue. Sue ang nak taw tak aku masih simpan lagi gambar ang time kita nak berpisah dulu. Thanx jadi kawan aku. Mesti ang terharu kan. hehehehe. Aku sayang ang, ang la sahabat aku susah dan senang. 

 
pakcik google