Jumaat, 27 Julai 2012

My Amnesia Girl


My amnesia girl.. Syira ada amnesia kew?? Eh,tetiba plak kan. Bila masa plak syira excident atau terhantuk tapi kalau kena ketuk kepala boleh jadi amnesia tak. Eeerr, terlebih plak. Sebenarnya tue tajuk cerita la. Semalam syira tengok cite tue kat astro citra (131). Mula-mula syira malaz nak tengok tapi bila lihat ada my favourite actress terus melekat kat cite tue. Sebab ada Toni Gonzalez.


Syira minat dye dari cite My Big Love. Best, tapi sekarang syira bukan nak cite pasal Toni Gonzales. Syira nak korang baca kata-kata romantis dalam cite My Amnesia Girl.
A-Lelaki
B-Perempuan
si A : awak sekarang dah semakin tinggi la.
si B : hah!!!
si A : sebab awak ada difikiran saya.
si B : ~tersenyum~

kemudian.....


si A : sekarang awak dah pendek
si B : ~dengan padangan yang pelik~
si A : awak dah turun ke hati saya
si B : ~tersenyum dan terus ketawa~

*si gadis akan tersenyum apabila si lelaki mula mengeluarkan kata-kata romantis yang akan buat si gadis mula terharu tapi ingat si lelaki haruslah ikhlas yew jangan cakap kosong jew.

Jumaat, 20 Julai 2012

Suka-suki : 50 Tip Cara Memikat Lelaki


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk plan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu \excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Dah Sahur Ke Belum??


Korang dah sahur ke belum? Yang tak sempat sahur atau terbangun lewat jangan ponteng puasa plak esok yew. Insyaallah kalau kita ikhlas kita akan dapat menahan lapar dan dahaga esok. Hah!!!!dah niat ke belum jangan dah sahur pastu terus tido jew tapi esok pagi pon boleh niat HANYA untuk orang yang terlupa niat jew yew. Jangan ingat bila tak niat tak boleh puasa plak k.

Sebenarnya mak kejutkan syira pukul 5.00 a.m tapi biasa la sebelum bangun tergolek sana. tergolek sini las-las pukul 5.11 a.m baru la bangun pegi makan time tue mak,abah,abang n akak ipar dah tengah makan. Alhamdullilah kenyang, Insyaallah dapat la alas perut dari menahan lapar dan dahaga esok.

Apa-apa pun ingat yew selepas makan nasi atau makan selain daripada nasi. Korang haruslah minum air putih dengan kuantiti yang banyak sebab bila korang minum air yang berais ketika sahur nescaya korang akan dahaga esok.*macam nak bagi motivasi la plak siap nescaya bagai..hhehehehhe* PERCAYA LAH.

Nanti dah berbuka kita sambung entry semula k. Jangan lupa solat subuh pastu baru tido. Sekali lagi syira ucapkan SELAMAT BERPUASA. 

Salam Ramadhan


Dah dua minggu lebih blog nie tak berupdate. Mesti dah bersawang dan berhabuk dengan debu-debu kotoran degil *nampak sangat lappy yang berhabuk...hehehehe.. Pejam celik pejam celik dekat dua minggu juga aku dah start LI erti kata lain Latihan Industri. Sape-sape yang nak tahu aku LI kat Pejabat Tanah Kubang Pasu nama pun bik ukur tanah tak kan nak LI kat hospital kan.hehehe..

Sebelum syira melalut dengan lebih mendalam syira nak ucapkan slemat hari raya ooopppssss silap selamat berpuasa. Malam nie dah mula terawih jangan lupa tuk penuhkan surau dan masjid malam nie k. And jangan lupa tuk puasa sok k jangan buat-buat lupa yew.hehehehehe..

Antara bulan Islam bulan Ramadhan la yang paling happening sebab suasana dye lain dari bulan-bulan yang lain. Korang mesti rasa apew yang aku rasa kan. Hayati dan beramal mulia lah dibulan yang baik ini. Tapi ingat bukan bulan nie sajew tapi bulan-bulan yang lain juga *ingat tuk diri sendiri juga*. 

pakcik google


Lafaz niat untuk sebulan puasa


Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Doa Berbuka Puasa


doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin




Doa Selepas Berbuka Puasa


doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*ada sape-sape nak pos kad raya kat syira..:) 



Khamis, 12 Julai 2012

17 Tentang Si Dia


Sepanjang cinta aku dengan dye memang banyak cubaan dugaan yang kami tempuh walaupun pahit. Tapi alhamdullilah dah setahun rupanya aku mengenali dia. First time aku kenal hanya la abang dan sha (bahasakan untuk diri aku) sebab time tue aku tak tahu umur dye bape. Dia bahasakan diri dye abang so aku pun no hal la. Sampai sekarang Hanya Aku Cinta Kau Seorang.

1.panas baran tapi akhirnya pujuk aku kembali.
2.suka nyanyi bila dye rasa nak nyanyi *sumpah terharu dowh.
3.sukati panggil aku bengong tapi aku pown suka kata dye bengong.hehehe
3.cepat sentap bila aku kata bangang
4.cerewet.
5.suka ketawa bila aku salah cakap BI
6.suka mengajuk cakap aku
7.suka buat lawak
8.romantik
9.caring
10.suka cakap lepas
11.memahami
12.suka marah bila dye tahu aku nangis sebab dye
13.tak tahu pujuk aku
14.suka minum air sirap.*xstandard langsung hahahaha
15.cepat marah bila lambat reply msg.
16.ego
17.suka ketawa bila aku tengah marah las2 tak jadi marah..hehehe

Sebenarnya banyak lagi yang perangai si dye yang buat aku selalu tersenyum,menangis dan ketawa. Bohong la kalau aku tak pernah gaduh. Bagi aku semua orang pernah gaduh bila berpasangan kan? Lumrah semua tue, senang cite kalaw tak nak gaduh bek single. Senang hati beb.

*suka tengok pre-wedding irma dan redza..^_^ 

Khamis, 5 Julai 2012

Suka-suki : 7 Tip menang contest/giveaway




Dalam banyak contest dan giveaway aku join, aku baru menang dua kali. Tapi aku syukur beb sebab aku menang jugak daripada tak menang langsung kan. Now, korang jangan risau aku nak bagi beberapa tip untuk menang contest/giveaway. "Eleh, baru menang dua kali ada hati nak wat tip menang contest/giveaway konon". See ada jew yang tak puas hati kan. Sape rasa-rasa tak puas hati tekan SINI. Okew kita teruskan.

1. buat entry tentang contest/giveaway paling sempoi. Mana tahu ada hadiah untuk entry paling sempoi.

2. buat blog banyak-banyak. Sediakan satu blog peribadi yang len sebagai blog untuk join contest atau giveaway. *naya nak ingat password and emel

3. rajin-rajinkan promote contest/giveaway yang korang join sebab selalu nya ada hadiah untuk orang yang rajin promote. *aku la orang paling malas nak promate sebab tue tak pernah dapat hadiah top referrel

4. join contest/giveaway yang dibuat oleh rakan baik anda untung-untung korang boleh menang kan. Tapi pastikan dye pilih secara cabutan la kalau guna rondom ikowt nasib korang la.

5. join yang banyak hadiah mana tahu korang tersenarai sebagai pemenang.

6. ataupun korang wat contest korang yang join korang yang menang tapi guna la blog lain. *tip no 2* . senang sikit korang nak menangkan lagi satu pilih la sponsor yang HOT sikit baru berbaloi apew yang korang menang. *tak baik menipu*

7. redha dan tawakal. Ada rezeki korang menang takde rezeki nasib la kan.

Maaf takde niat nak perli atau mengata sesiapa. Tip nie sebagai gurauan, yang baik kita ambik yang tak baik kita jadikan sebagai pengajaran. 


Rabu, 4 Julai 2012

Bestfriend Forever


roomate kat STEP

Aku masih ingat dimana pada permulaan perkenalan kami di Sekolah Teknik Pendang (STEP). Kami ditempatkan pada bilik yang sama iaitu B2-10. Malam tue baru jew habis orientasi so time tue la aku berpeluang untuk kenali DIA. Dan perkara yang tak disangka DIA pon dok Jitra gak dan satu kos dengan aku Kejuruteraan Awan. Memang happening la kawan dengan DIA biasalah DIA nie peramah sikit. Dan sejak tue la kami mula rapat walaupun kami berlainan kelas. 

Kadang-kadang aku selalu wat perangai sampai banyak kali la DIA merajuk dengan aku. Aku masih ingat lagi dimana DIA merajuk dengan aku sebab aku mungkir janji nak joging dengan DIA. Aku tak sangka DIA terasa dengan aku sebab time dalam dorm tetiba jew DIA macam tak nak layan aku. Tanya punya tanya baru aku dapat tahu sebab apew DIA merajuk dengan aku. Sorry my BFF. 

Aku tahu DIA baca blog aku. Satu lagi perkara yang tak dapat aku lupakan masa kami form 4. Time tue kami semua ingat nak ubah kedudukan katil dan almari dan tidak disangka berlaku sedikit perbalahan. So aku pon dengan malas nak ambil tahu aku pegi bagitau Myra (ketua dorm). Tapi aku tak sangka Myra sampai naik angin sebab aku ingat Myra nak selesai berbalahan tue. Sampai jew Myra kat dorm dye suruh kembalikan dorm kepada asal kalau tak dye tak nak jadi ketua dorm lagi. Nak tak nak kami pon kembalikan kepada asal. Sorry my ROOMATE.

Tanpa disangka time nak ubah katil tiba-tiba kaki DIA terluka sampai keluar darah and then terus pegi toilet. Aku apew lagi terus cari plaster. Sampai kat toilet aku suruh DIA letak plaster kat tempat luka tapi DIA kata takpe, tanpa disangka aku terus baling plaster depan DIA sebab aku bengang DIA tak nak dengar cakap aku, sampai kami berkejar-kejaran kat koridor bilik. Sorry my BFF.

Alhamdulillah kami ditempatkan poli yang sama, kos yang sama walaupon berbeza semester tapi DIA tetap kawan yang baik bagi aku. Siapakah DIA??


Inilah si DIA. Syuhada binti mansor atau sue. Sue ang nak taw tak aku masih simpan lagi gambar ang time kita nak berpisah dulu. Thanx jadi kawan aku. Mesti ang terharu kan. hehehehe. Aku sayang ang, ang la sahabat aku susah dan senang. 

 
pakcik google