Jumaat, 31 Ogos 2012

Deactived Facebook


Sejak-sejak nie rajin sungguh aku nak update. Rasa nak cite macam-macam la sampai setiap 5 minit aku nak update. Bukan ape sejak aku deactived facebook sampai tak tahu nak buat ape so dengan update blog la rutin harian aku sekarang. Tapi time cuti je la sebab hari biasa aku keja dan malas nak buka lappy apatah lagi nak taip. Bila malas bermaharajalela maka nak buat ape pon takde mood, daripada idea ada jadi takde.


Bukan sebab bergaduh dengan pakwe or cari pasal dengan rakan fb tapi sajew. Pakwe aku pun jenis tak kisah sangat pasal fb nie lagipon dye bukan jenis kaki online lain la aku. Lagipun aku bagi tugas dye untuk cari nafkah zahir. *chewah*. Sebenarnya aku rasa macam dah takde papew bila online, tambah-tambah aku nie bukan jenis kaki update status bagai nie tapi baca status, komen, LIKE aku suka. 

Aku sajew nak bagi orang rindu kat aku. Acece, tapi ada kew?? Ofcoz la ada kalau tak kan la si Nina leh bagitau aku yang si Eyda Ronny tanya dye pasal kes aku deactived facebook. Alamak terharu sebentar. huhuhuhu. Rupanya ada juga orang perasan ketiadaan aku di facebook. STOP!!!Buat teruk bleh aku nie.

Aku nie bab nak ber'chat' memang malas sikit, kalau ada orang tegur pon ada la aku balas tiga empat kali pastu aku biarkan. Bukan sombong tapi kadang-kadang tak tahu nak cite pew. Sorry guys yang selalu tegur tapi tak balas. Tapi bila ada gosip cukup laju aku membalas. hehehehehe. Nampak sangat aku suka menambah pehala orang lain.


CINTA & SAHABAT

Kalau disuruh pilih satu antara dua aku akan pilih sahabat sebab cinta akan bermula dengan sahabat dulu. Tanpa sahabat cinta tak kan datang. Tanpa sahabat cinta itu pudar. See betapa pentingnya SAHABAT.
Tak bermakna aku dah lupakan sahabat bila aku deactived facebook. Zaman dah moden, ape guna kalau anset mahal kalau mesej 1 sen pon tak leh antar. Betul tak?? 






0 sedang mengumpat: