Isnin, 6 Mei 2013

Wayang : 2 Kalimah


dan Salam 1 Malaysia.

Untuk orang yang kaki Wayang mungkin dah lama tengok cerita nie kan. Tapi bagi aku yang malas nak layan cite-cite wayang mungkin agak ketinggalan la kan. Dalam banyak-banyak movie yang aku tonton 2 KALIMAH lah yang sedikit sebanyak yang berjaya memberi aku sedikit keinsafan dan kesedaran. Dan 2 KALIMAH ini juga banyak memberi mesej yang berguna serta tidak kelaut. ~lalalalalla~
So sape-sape yang belum tonton meh la tengok kat sini. :)

SINOPSIS :


2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua. Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun mereka semakin terpesong akidahnya.


Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.


Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.


Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?


MOVIE


1 sedang mengumpat:

Kupukupu berkata...

wahh! mcm best je,,kte pon jrang sgt layan muvie2 nie..tpi rse mcm nk tgok je..