Ahad, 16 Jun 2013

KELEBIHAN BULAN SYABAN


dan Salam 1 Malaysia.



Bulan Syaaban sering dilupakan manusia sedangkan ia bulan amalan kita diangkat kepada Allah SWT Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW


عَنْ أُسَامَة بْن زَيْدٍ قَالَ : قُلْت : يَا رَسُول اللَّه ، لَمْ أَرَك تَصُومُ مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان , قَالَ : ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاس عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان , وَهُوَ شَهْر تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَال إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌاهـ حسنه الألباني في صحيح النسائي

Maksudnya:


Diceritakan Usamah bin Zaid, katanya, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam sebulan berbanding bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian bulan Syaaban. Lalu Baginda menjawab, “Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Allah Tuhan Semesta Alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.’ (Hadis riwayat An-Nasai’).

Nabi SAW memperbanyakkan puasa pada bulan syaaban kerana baginda ingin amalannya diangkat ketika baginda berpuasa. Imam Ibn Hajar al-Asqalaani turut mengulas hadis ini dalam Fathul Baari bahawa hadis ini merujuk kepada kelebihan puasa dalam bulan syaaban

Selain itu, terdapat juga hadis yang menyebut tentang kelebihan malam 15 syaaban atau dikenali sebagai malam nisfu syaaban. Ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Muaz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda : 


يطلع الله إلى جميع خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

Maksudnya

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)” (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).



1 sedang mengumpat:

nurul ezzatie zulkarnain berkata...

Thanks Sharing =)