Ahad, 7 September 2014

Minat membaca dan menonton kisah seram


dan Salam 1 Malaysia.


#throwback 2092014

Firstly,aku nak bagitau yang aku baru sahaja menamatkan pengajian seminggu yang lalu. Actually aku habis study dari bulan 10 tahun lepas lagi tapi baru nak konvo tahun nie. Alhamdullilah aku berjaya genggam segulung diploma. Time konvo tue punyala excited bukan sebab nak konvo tapi nak jumpa rakan-rakan sekelas dan rakan sepoli,yela dah setahun tak jumpa. Perasaan time tue sebak,rindu semua ada la kalau boleh dibuat makanan mungkin dah jadi rojak.hehehehe. -THE END-
 
Berbalik kepada tajuk asal,aku nie merupakan seorang yang suka membaca dan suka menonton filem tapi aku suka tengok filem kat panggung wayang jew kalau tengok kat umah rasa tak best sangat walaupun aku terpaksa habis duit hanya sekeping tiket. Kalau bab membaca memang aku suka,alhamdullilah aku diberi ingatan yang kuat untuk menghafal. Kalau melibatkan hal study aku memang cepat je menghafal,cuba kalau aku baca novel esok tue orang tanya jalan cerita confirm 90% aku lupa.hehehehe

Hobi aku memang suka membaca dan menonton filem/cerita/drama tapi aku lebih suka bergenre SERAM. Dulu aku memang suka tengok movie seram,kan astro Citra 131 malam sabtu ada slot cerita seram so aku akan layan sorang-sorang kat ruang tamu rumah aku. Boleh dikatakan setiap malam kalau ada cerita seram mesti aku layan tapi cerita melayu seram aku tak berapa layan sangat sebab kita pon baca jalan cerita dan filem negara kita tak berapa seram sangat pon. Tapi korang jangan fikir aku nie berani padahal aku la orang yang paling penakut tapi bukan `paling' sangat la sebab aku simpan juga sedikit keberanian dalam diri aku nie. Tak kisah aku baca tau tengok movie,mata tue tak payah nak cakap la sebab aku akan scan setiap pelusuk.

Sebenarnya aku nie seorang lemah semangat jugak tapi takdelah lemah sangat. So aku pernah la merasai dan mengalami perkara-perkara seram nie. Kena tindih,pernah dengar dan pernah nampak cuma aku tak pernah nampak depan-depan tapi ia bukanlah hantu,aku tak tahu nak terang macam mana tapi seboleh-bolehnya aku tak nak la nampak benda-benda macam tue. Mohon dijauhkan la. Next entry aku akan ceritakan pengalaman aku pernah kena tindih dan pernah dengar.

So pada sesapa yang pernah mengalami/merasai perkara-perkara misteri boleh emailkan kepada aku iaitu syira_sya02@yahoo.com . Aku akan post cerita korang kat blog aku. Tapi aku taknak cerita yang korang copy paste. Terima Kasih.

0 sedang mengumpat: